Monday, June 01, 2009

31 Mei 2009

Hanya 46.15% pengundi keluar mengundi dan selebihnya 53.85% tidak keluar. Mengapa???
Ini kerana rakyat sudah bosan dengan permainan politik pembangkang yang x habis2 mengadakan pilihan raya kecil.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Penanti pada pukul 8.25 malam semalam menyaksikan saingan empat (4) penjuru, iaitu PKR, dan 3 Bebas bersaing merebut satu kerusi usang yang pernah digunakan oleh Chin Peng satu dekad dahulu. Keputusan itu adalah Satu Tamparan Hebat buat penasihat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Isteri serta anak dan keluarga. Beliau sebelum ini terangan-angan akan menang besar pada Pilihan Raya Kecil DUN Penanti kerana pada beliau rakyat hanya menerima PKR dan menolak BN. Terbukti hanya 6,052 daripada 15,384 pengundi memilih PKR dan selebihnya seramai 8,284 pengundi kemungkinan memilih BN jika bertanding.

Sebanyak 1,294 jumlah undi calon (PKR) merosot berbanding Pilihan Raya Umum lalu, jelas membuktikan penyokong parti itu sendiri lari meninggalkannya.

Keputusan ini adalah yang terburuk dalam sejarah Pilihan Raya Negara kerana mencatat 46.15% pengundi sahaja yang keluar mengundi.

1 comment: